Thursday, June 10, 2010

Tragedi AL-Naksah Lengkapi Penaklukan Israel Di Bumi Arab

Tragedi AL-Naksah Lengkapi Penaklukan Israel Di Bumi Arab


Empat puluh dua tahun lalu, pada tarikh ini, satu peristiwa bersejarah kepada dunia islam. Tanggal 5 jun 1967 menyasikan Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran keatas Republik Arab bersatu (Mesir), Jordan dan Syiria, secara serentak.


Dalam tempoh itu, Israel dapat menewaskan tiga Negara Arab walaupun Negara-negara itu turut dibantu oleh arab Saudi,Iraq, Algeria, Tunisia, Sudan, Somalia, Maqhribi, Mairitania, Yemen, Kuwait, Emiriah Arab BersatuOman dan Qatar dengan membekalkan askar dan kelengkapan tentera.

Mesir menerima pukulan paling dasyat apabila lebih 10,000 askarnya terkorban angkatan udaranya musnah sama sekali apabila kira-kira 300 jet pejuangan diranapkan oleh tentera Israel dalam serangan mengejut .

Apabila serangan berakhir, Israel menguasai Tebing Barat , Genting Gaza, BaitulMaqdis Timur Tengah, Tanah Timur Golan dan semenanjung Sinai.Dalam serangan itulah Masjid Al-Aqsa ditawan,Sehinggalah ke hari ini.

Kekalahan besar yang amat memalukan seluruh dunia arab dan Islam itu diperingati sebagai “Hari AL-Nakhsah”(Hari Kekalahan).Ia adalah tragedi besar kedua menimpa umat islam dan dunia Arab khususnya.

Pertama ialah “AN-Nakhbah) (Malapetaka) yang berlaku pada 15 Mei 1948. Peristiwa itu membawa penubuhan Negara Israel di atas 77% tanah palestin yang dirampas. Peristiwa An-Nakhbah dikaitkan dengan pengusiran 800,000 rankyat Palestin yang kini menjadi pelarian di Syiria, Jordan, Lubnan dan Mesir (Gaza).

An-Nakhsah pula melengkapkan penaklukan Israel ke atas keseluruhan tanah palestin dan qou itu berterusan sehingga kini

Mesir semasa era Presiden Anwar sadat berjaya membuat dengan menyerang kedudukan tentera Israel di Semenanjung Sinai dalam “Perang Oktober 1973” atau “Perang Ramdhan”.Kemenagan Mesir bagaimanapun tidak dapat disempurnakan apabila AS campur tangan dan satu gencatan senjata dilaksanakan.

Pertimbangan politik oleh Mesir itu akhirnya membuka laluan termeterainya perjanjian damai Mesir-Israel 1978.Perjanjian damai Camp David itu mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir.

Namun harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Mesir khususnya di Gaza berterusan.Perjanjian itu berterusan.Perjanjian itu menyaksikan Mesir mengiktiraf Israel dan bertanggungjawab menjamin keselamatan entity Israel terutama di Genting Gaza.

Jika laluan di Rafa ditutup sehingga rakyat Gaza yang cedera dalam serangan akhir tahun lalu dan awal tahun ini tidak dibenarkan menyeberang untuk mendapat rawatan di Mesir, ia adalah kesan daripada ‘Perjanjian damai Mesir-Israel pada 1978 itu.

Apakah riaksi Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB)? Seperti dijangka,PBB bersidang dan meluluskan Resolusi 242 yang menghendaki Israel berundur dari garisan hijau yang diputuskan oleh Perjanjian Rhodes pada 1949.

Ini bermakna Israel perlu keluar dari semua wilayah yang didudukinya pada jun 1967. Pendudukan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat,Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur adalah pendudukan haram. Bagamanapun Israel tidak mempedulikan resolusi tersebut dan juga resolusi- resolusi lain.

Bagi Israel,PBB adalah sebuah pertubuhan yang “ tidak berkuku dan bertaring”. Ia berasa kuat selagi AS berada di sampingnya.Hari An-Nakhsah juga menandakan tarikh Masjid AL-Aqsa ditawan oleh tentera Zionis. Sejak itu,ia terdedah kepada ancaman dan perbuatan keji Zionis. Ia termasuk peristiwa masjid itu terbakar pada 21 september 1969 yang diingati sebagai “Hari Al-Quds”setiap tahun.

Zionis juga menggali terowong-terowong rahsia di bawa masjid itu bertujuan melemahkan tapaknya. Kumpulan ekstremis Zionis turut merancang merobohkan masjid itu dan mendirikan synagogue (kuil) yang mereka namakan haikal sulaiman.

Pada September 2000, lebih 1,000 askar Israel memasuki kawasan Masjid untuk membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam. Peristiwa biadap itu mencetuskan “Intifada”. Selain itu, rejim Zionis juga melancarkan agenda me-Yahudikan kawasan Masjid itu dan Baitulmaqdis timur. Rumah-rumah penduduk Palestin dirobohkan, tanah mereka dirampas, mereka diusir dan status pemastautin dibatalkan.

Israel kemuadian membina unit-unit apartment perumahan ekslusif untuk pendatang Yahudi di situ. Pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat yang kina menjangkau 800 kilometer panjang membuktikan usaha Israel mengepung rakyat Palestin dan menyukarkan mereka menziarahi Masjid Al-Aqsa. Inilah jenayah yang terus menjadi agenda Israel di Palestin.

Sikap itu diambil mekipun semua Perjanjian damai ditandatangani bersama fatah sejak Perjanjian Oslo 1990 berdasarkan kepada Resolusi 242 yang diluluskan pada 1967. Jika inilah penderian yang dipertahankan oleh Israel, apakah dunia masih meletakkan harapan “penyelesaian dua Negara” itu.

Mungkin sudah tiba masanya dunia menimbangkan formula yang ditawarkan oleh hamas iaitu Israel berundur dari wilayah yang didudukinya sejak 1967,menghentikan kepungan ke atas Gaza dan membentuk gencatan senjata jangka panjang tanpa perlu Palestin mengiktiraf kewujudan Israel. Namun sedikah Israel mengiktiraf Negara Palestin? Hakikat mereka adalah perampas tanah Palestin dan kewujudan Israel diatas tanah yang dirampas sejak 1948 itu adalah kewujudan haram.

Maka pilihan yang terbaik iailah akur kepada Resolusi 242 dan mana-mana resolusi yang berkaitan seperti Resolusi 338. Kemudian bersetuju dengan gencatan senjata panjang. Sekurang-kurangnya keamanan keatas wilayah bergolak itu dapat diwujutkan buat sementara waktu sehingga masyarakat antarabangsa mencari ruang kepada pelaksanaan pelan penyelesaian yang berkekalan.

Katakanlah Allah itu Maha Esa Allahlah tempat meminta. Tiada beranak dan tiada diperanakkan dan tiada seorangpun yang menyemainya Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum.Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali pun.Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas.

No comments: